- 03 - 8925 9133
- Seksyen 7, Bangi
- Mon - Sun: 9AM - 6PM
Rawatan scaling perlu dilakukan setiap 6 bulan sekali. Ini kerana, scaling boleh membantu mengelakkan risiko kaviti dan kerosakan gigi. WhatsApp kami hari ini untuk gigi yang lebih sihat.
*Tertakluk Terma & Syarat
Kelebihan Scaling Gigi
Elakkan risiko kaviti dan kerosakan gigi.
Elakkan periodontitis yang akan membuat gigi anda tercabut.
Hilangkan kesan coklat pada gigi seperti teh, kopi atau rokok.
Gusi dan plak yang terkumpul boleh menghasilkan bau busuk.
Alexandria Graduated
Dr Fadhli terkenal dengan rawatan yang selesa terutamanya buat kanak-kanak dan warga dewasa. Beliau menamatkan pelajarannya pada tahun 2019 di Universiti Alexandria dalam bidang pergigian. Selepas menamatkan 'dental practice' di Bangi, Dr Fadhli kemudiannya menubuhkan klinik pergigiannya sendiri pada 2021 iaitu Klinik Pergigian Sarah Omar untuk membantu lebih ramai orang. Sehingga hari ini, KP Sarah Omar telah merawat pelbagai jenis penyakit gigi, dan rata-rata pelanggan memberi maklum balas positif.
Alexandria Graduated
Dr Mohammad Asyraf juga adalah lulusan ijazah sarjana muda di Universiti Iskandariah, Mesir pada tahun 2019. Beliau kemudiannya membuat 'dental practice' juga di Bangi sama dengan Dr. Fadhli. Beliau kini lebih fokus dalam pergigian estetik serta rawatan endodontik dan menjadi doktor gigi sepenuh masa di Klinik Pergigian Sarah Omar.
Scaling mengambil masa 30 - 120 minit bergantung kepada tahap karang gigi. Jika plak dan karang gigi tidak terlalu banyak, maka proses scaling akan menjadi lebih cepat.
Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.
Scaling gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.
Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi. Rawatan scaling gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi. Jangan bimbang ia tidak berasa sakit!
Sekiranya karang gigi dan plak gigi terkumpul dengan banyak, ia akan menyebabkan penyakit gigi seperti periodontitis yang akan menyebabkan gigi tercabut dengan sendiri.
Karang gigi yang banyak juga boleh menyebabkan gigi berdarah dan bengkak.
Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang gigi dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning.
Tunjuk cinta anda kepada pasangan anda dan dapatkan senyuman yang indah untuk si dia. Jadikan gigi anda bersih dan sihat dengan promo hebat ini. WhatsApp kami hari ini.
*Tertakluk Terma & Syarat
No 31, Ground Floor, Jalan 7/7c, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Mon : 9AM – 9PM
Tue : 9AM – 9PM
Wed : 9AM – 9PM
Thu : 9AM – 9PM
Fri : 9AM – 9PM
Sat : 9AM – 6PM
Sun : 9AM – 6PM