HUKUM MENCABUT GIGI KETIKA BERPUASA MENURUT ISLAM

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh berkah. Umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh, bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Namun, adakalanya seseorang mengalami sakit atau keadaan darurat yang memerlukan rawatan doktor, termasuk mencabut gigi. Jadi, bagaimana hukum mencabut gigi ketika berpuasa? Adakah batal atau sah?

HUKUM MENCABUT GIGI KETIKA BERPUASA MENURUT PARA ULAMA


Rawatan cabut gigi merupakan salah satu jenis rawatan yang disediakan oleh doktor gigi. Namun, jika seseorang sedang menjalankan ibadah puasa, adakah boleh mencabut gigi? Menurut fatwa Mufti Wilayah Persekutuan:

Mencabut gigi di siang hari bagi yang berpuasa tidaklah batal puasanya, seperti pendapat ramai ulama. Ini juga pendapat Mazhab Hanafi dan lainnya. Justeru, seeloknya cabutlah pada waktu malam hari kecuali kerana keperluan.” (Mufti WP)

 

Adalah lebih baik membuat pemeriksaan dahulu, dan berdiskusi dengan doktor gigi terlebih dahulu. Hal ini penting bagi memastikan bahawa rawatan tersebut memang benar-benar diperlukan, dan tidak dapat ditunda, dan dikhuatiri rawatan kepada sakit tersebut memerlukan untuk anda berbuka puasa. Jika diperlukan, maka anda perlu mengganti puasa anda di kemudian hari.

BAGAIMANA PULA BAGI RAWATAN PEMUTIHAN GIGI (BLEACHING)?

Rawatan pemutihan gigi adalah rawatan mengilatkan gigi. Biasanya rawatan ini dibuat bagi keadaan gigi yang telah kuning ataupun telah pudar warnanya. Hukum bagi rawatan memutihkan gigi adalah harus dan dibolehkan selagi pesakit tidak menelan air semasa process rawatan.
Merujuk kepada pandangan Mufti Wilayah Persekutuan;

“Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari procedur tersebut.” (Berdasarkan keputusan Majma’ al-Fighi al-Islami)(Mufti Wilayah Perseketuan).

Kesimpulan


Hukum mencabut gigi dan memutihkan gigi di siang hari ketika Ramadan adalah tidak terbatal puasa. Dalam Islam, menjaga kesihatan & keselamatan adalah priority utama. Oleh kerana itu, jika seseorang mengalami kesakitan ataupun darurat yang memerlukan rawatan, maka dibolehkan untuk tidak berpuasa. Namun, adalah sebaiknya berdiskusi dengan doktor terlebih dahulu agar anda membuat keputusan dengan lebih baik.

WHATSAPP KLINIK PERGIGIAN SARAH OMAR